Thursday 25 September 2014

KENALI KULIT BERMASALAH DAN ATASINYA!


YANG INI TIADA MASALAH KULIT
.
.
.
.
.


YANG INI CONTOH MASALAH KULIT

Kulit wajah yang sedang bermasalah memang merunsingkan. Nak pandang runsing, nak pegang runsing .. nak pakai mekap pun rasa macam terapung je segala foundation, bedak, blusher, eye shadow semua tu kat kulit. Bercapuk-capuk aje rupanya! RUNSING! Bila runsing akan menimbulkan stress dan hormon pun jadi kelam kabut. maka makin mencanak2lah masalah kulit yang dihadapi. Kya adalah salah seorang bekas pemilik jerawat yang amat banyak suatu masa dulu. Alhamdulillah Kay dah beransur hilang dan jarang timbul macam dulu lagi. 

Disini Kay nak share tentang pengenalan masalah kulit yang kita hadapi. Jemput baca ye. Ni adalah hasil tinjauan di blog Mami Hadha
JERAWAT
  • Pertama, pastikan anda mencuci wajah 2 kali sehari dengan pencuci muka yang bersesuaian.
  • Gunakan toner selepas mencuci muka. Toner berfungsi untuk menutup pori-pori kulit yang terbuka semasa kita mencuci muka tadi, menyegarkan dan lanjutan kepada proses pembersihan muka, iaitu menghilangkan sisa2 pencuci muka yang masih terlekat di wajah.
  • Banyak minum air putih dan mengambil Vitamin C yang mencukupi.
  • Gunakan masker jerawat untuk membantu merawat jerawat dan supaya jerawat cepat kering.
JERAGAT/ BINTIK HITAM
  • Mematuhi asas penjagaan muka iaitu mencuci, menyegar dan melembap.
  • Menggunakan krim siang/ malam yang bersesuaian.
  • Amalkan penggunaan krim anti-aging.

WHITEHEADS (BINTIK PUTIH)
  • Mematuhi asas penjagaan muka iaitu mencuci, menyegar dan melembap.
  • Menggunakan krim untuk whiteheads
  • Skrub muka dua kali seminggu.

BLACKHEADS ( BINTIK HITAM)
  • Facial wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali, lengkap dengan penggunaan masker dan skrub wajah yang bersesuaian.
  • Boleh juga gunakan krim muka dengan fungsi whitening

PIGMENTASI
  • Pengambilan Vitamin C yang mencukupi (buah-buahan, sayur-sayuran, suplemen)
  • Elakkan daripada kerap terdedah kepada cahaya matahari

AKNE
  • Penjagaan kulit wajah yang konsisten
  • Menggunakan produk yang bersesuaian untuk mengelak radang/ jerawat/ ruam
  • Jika jerawat banyak, elak daripada guna skrub

GARIS HALUS
  • Amalkan penggunaan krim/ masker anti-aging

Nota :  

Untuk penjagaan dalaman wajah, boleh amalkan pengambilan vitamin B Complex, vitamin C dan Vitamin E. Ini adalah vitamin-vitamin asas ke arah kulit yang lebih sihat dan cantik. 

BOLEH HUBUNGI KAY JIKA BERMINAT:


No comments:

Post a Comment