Thursday 18 September 2014

10 TIPS HILANGKAN STRESS

Cara mengatasi stress bagi lelaki dan wanita mungkin berbeza. Berikut adalah beberapa penelitian yang biasa dilakukan oleh lelaki dan wanita untuk menangani stress.


  1. sebanyak 54% wanita akan mengalami stress dengan membaca sedangkan lelaki hanya 34% sahaja. -erkk betul ke? bukan perempuan memang suka membaca ke?
  2. Untuk mengurangkan stress lelaki lebih suka melakukan aktiviti luar seperti bersenam atau mendengar muzik. Tetapi wanita lebih suka mendiamkan diri.-kami bukanmendiamkan diri saja2 tau..kami berzikir..hikhik



Terapi seperti meditasi dan makanan tidak cukup dan tidak banyak membantu menghilangkan stress. Jiuka ini berlaku mungkin anda boleh cuba 10 tips hilangkan stress dengan melakukan aktiviti berikut.


  • Berehat Seketika - setiap hari ambil beberapa minit masa untuk anda berehat. Tarik nafas dan fikirkan perkara yang menggembirakan anda.

  • Tajamkan Pancaindera -  memberi fokus pada sesuatu yang menyegarkan seperti bunyi burung burung,merasakan air sejuk yang mengalir di kerongkong atau menikmati bunyian air terjun buatan dirumah.

  • Feel Good - ketika berjalan dimana-mana kiri kanan anda ada yang memerlukan bantuan hulurkan sedikit wang untuk bersedekah disamping menggembirakan mereka anda juga turut rasa sesuatu yang aneh dan kepuasan yang lain macam. Feel Good ha?

  • Saya tidak Kisah - abaikan perkara remeh dan lakukan aktiviti kegemaran seperti hobi anda atau bersukan atau main games sekali sekala.

  • Membaca Dengan Cepat - Otak lebih aktif bila membaca dengan lebih cepat berbanding dengan pembacan yang agak perlahan.

  • Kunjungi Tempat Yang Tidak Pernah Pergi - cuba cari kelainan untuk atasi stress anda. pergi ke tempat2 yang belum biasa anda pergi. taman tema air,muzium,perpustakaan dan sebagainya.

  • Bunga - Apa salahnya membeli bunga untuk diri sendiri. Ciumlah wangian bunga tersebut dan segarkan mata dengan warna2 bunga yang pelbagai.

  • Tulis dalam Diari - tulis perkara2 negatif yang buat anda stress dan buang kemudian tulis juga perkara yang menenangkan anda. InsyaAllah anda dapat bezakan mana lebih anda perlukan.

  • Berterima kasih - luahkan kepada ibu atau kawan baik anda. jika kurang membantu ucap terima kasih pada ibu yang menelefon bertanya khabar dan kepada kawan kawan anda yang banyak mengambil berat tentang anda.

  • Berkelakuan pelik - sesekali berkelakuan pelik apa salahnya. jadilah yang happy go lucky dengan melukis watak2 lucu atau bermain teka teki dengan kenalan atau bercerita seperti kanak kanak dengan pasangan. lagi best dapat tonton wayang cerita kartun,lucu dan sebagainya.
Cubalah! mana tahu ada tips yang berguna untuk anda. Semoga berjaya!

********************************************************************************



Boleh dapatkan juga SET MIGRAIN SHAKLEE untuk membantu meredakan stress dan migrain anda.

Hubungi Kay untuk maklumat lanjut pesanan dan konsultasi percuma.

Khairiah Zainol Abidin
ID: 1084439
0133802750
FB: efmama kay
FB Page: efkay-vitashoppe
email: efkayvitashoppe1@gmail.com

Semoga sedikit sebanyak entry ini membantu masalah anda. Yang lemah itu dari Kay sendiri dan yang baik itu semua dari ALLAH.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment