Wednesday 3 September 2014

ATASI GOUT DENGAN SHAKLEE


APA ITU GOUT?
*****************
GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun gout seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Gout terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

antara contoh pesakit gout

antara contoh pesakit gout

antara contoh pesakit gout

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purine dan kawal berat badan anda. Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan.

Antara makanan yang harus dielakkan:
*************
  1. Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis 
  2. Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam 
  3. Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung 
  4. Daging merah 
  5. Cendawan 
  6. Yis (roti putih, roti manis) 
***********************************************************************

FAKTA: Golongan berisiko

  • Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada gout tetapi gout juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda. 
  • Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout 
  • Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat 
  • Wanita putus haid 
  • Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan 
Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

Ia juga boleh dikawal dengan pengambilan supplement dengan pemantauan yang betul.

GOUT DAN SHAKLEE
**************************
Untuk yang ada masalah GOUT, Kay cadangkan gabungan 3 vitamin ini. Alhamdulillah banyak testimoni positive yang diterima. Vitamin yang Kay maksudkan ialah:

ALFALFA COMPLEX
PERFOMANCE DRINK
OMEGA GUARD

Jom kita lihat fungsi ketiganya dalam membantu pesakit gout.


 ALFALFA berfungsi untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak utk melancarkan proses detoks ini.


 PERFORMANCE DRINKberfungsi memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.



 OMEGA GUARD sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

jika ada ahli keluarga anda yang terlibat atau telah lama melalui penderitaan sebagai seorang pesakit gout,boleh cadangkan kepada mereka vitamin yang dicadangkan diatas. Setiap pembelian akan mendapat konsultasi percuma dari Kay sebagai SID anda.

Jagalah kesihatan diri dan keluarga anda. AMALKAN PEMAKANAN SIHAT SETIAP HARI.

LOVE <3 KAY :)


*********************************************************************************

CARA UNTUK MENGHUBUNGI UNTUK MEMBUAT PESANAN








No comments:

Post a Comment