Friday 17 October 2014

12 TANDA KEKURANGAN VITAMIN C

Assalamualikum...hai korang...buat apa ye malam ni.. Malam Jumaat ni jom la reramai mengimarahkan rumah denga bacaan ayat suci Al Quran.. 

Malam ni nak update sikit pasal Vitamin C. Kay dah terangkan serba sedikit tentang Vitamin C shaklee ni dalam beberapa entry yang lalu. Hari ini Kay nak share tentang simptom kekurangan Vitamin C. Yelah,kita ni terdedah dengan macam2 keadaan yang belum 100% baik untuk kesihatan kita. Cara pemakanan kita juga mempengaruhi keperluan vitamin C dalam tubuh. Ramai antara kita ambil Vitamin C sebab kita tahu kepentingannya. Selain shaklee banyak juga vitamin C yang dijual di farmasi.. pelbagai jenis dan jenama. Terpulang kepada kita untuk memilih yang terbaik. Yang paling penting kesedaran untuk memperbaiki kesihatan dalam diri. Tahniah kerana anda berjaya memilih yang terbaik untuk diri anda.. Tapi jangan sesekali terfikir untuk buat aktiviti cucuk2 vitamin C ye.. bahaya.. Jom lah dapatkan dengan cara selamat,berkesan dan semulajadi. Jom ketahui dahulu simptom kekurangan Vitamin C.

Antara simptom kekurangan Vitamin C :
*********
  1. Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  2. Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  3. Luka yang lambat sembuh
  4. Mudah selsema / bersin
  5. Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  6. Mudah dapat ulser
  7. Mudah demam / antibodi tak kuat
  8. Gusi berdarah
  9. Salur darah mengecil
  10. Sakit sendi
  11. Tanda lebam pada badan
  12. weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)
Jika anda mendapati anda mempunyai tanda2 seperti diatas,berkemungkinan anda kekurangan Vitamin C.  Namun seandainya anda rasakan anda tidak perlukannya,sila abaikan entry ini..haha..kejam tak? takdelah..Kay gurau je.. Jom lah sama2 kita amalkan Vitamin C ni. Eh dah kurang selsema Kay lepas ambil Vitamin C Shaklee ni. Kalu tak tadi duk meleleh leleh je.. Berjangkit dengan suami dan anak murid. Nak buat macammana redha je lah... hari2 pun memang kena jumpa diorang.. So Kay dah ada protection dengan Vitamin C. Best kan. Jimat duit klinik. tapi korang jangan biarkan pulak jika berlarutan sampai berminggu minggu. Pergi dapatkan nasihat doktor juga. penting tu. Manalah tau ada jangkitan dimana2. Sakit tu Allah yang beri sebagai ujian.. Sma2lah kita dengan bijak untuk berusaha mengatasinya. 

Ok baik lah.. Kay tinggalkan k.

hubungi Kay  0133802750

No comments:

Post a Comment